Pengunjung

ANTV Untuk Kita Semua




Jam Dan Tanggal

Rabu, 22 Desember 2010

Kemanusiaan

Pengalaman peribadi saya dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan, terutamanya dalam bab banjir di Malaysia sangat melucukan.  Saya anggap ianya lucu dan bukan sebaliknya atau selainnya.
Bila kita datang untuk membantu dengan menawarkan tenaga bantuan untuk membersihkan rumah, ada tuan rumah yang boleh hanya goyang kaki dan hanya menuding jari menunjukkan tempat-tempat yang perlu dibersihkan/dicuci.  Masih ramai lagi yang beranggapan bahawa yang datang secara sukarela membantu untuk mencuci ni adalah budak-budak pengakap yang ingin melengkapkan khidmat masyarakat mereka dan sebagai balasan akan mendapat tandatangan tuan rumah bagi membolehkan mereka mendapat lencana-lencana tertentu.
Masyarakat Malaysia semakin ramai beranggapan semuanya memerlukan duit.  Tidak ada apa yang lagi percuma dan gratis.  Semuannya berlambangkan ringgit dan sen.  MRA membuktikan sebaliknya, namun kami bukanlah buruh paksa atau buruh murah yang tidak punya masa depan dan yang tidak ada pilihan melainkan membuat apa yang disuruh.
MRA hadir bagi mempromosikan kerja-kerja kesukarelaan dikalangan masyarakat, disamping menekankan perlunya isu kebersihan digarap bersama oleh penduduk dan masyarakat bukan sekadar melepaskan buta-buta tanggungjawab itu kepada kontraktor mengangkut sampah dan pihak berkuasa tempatan.  Walaupun cukai pintu telah dibayar, penyebab utama munculnya sampah adalah pembayar cukai itu sendiri, justeru, semua pihak harus saling berkerjasama dan mempromosikan budaya hidup sihat lagi bersih lagi suci.
Antara penyebab banjir kilat berpunca dari kegagalan air hujan yang turun untuk masuk ke saliran utama yang bakal melepaskan mereka ke laut.  Justeru, penduduk setempat, harus memainkan peranan memastikan longkang dan saliran di komuniti kediaman mereka tidak tersumbat, tidak terhalang dan tidak dilitupi oleh tumbuhan dan sebagainya.  Ini tidak perlu diharapkan pada kontraktor atau PBT tetapi kepada diri sendiri, anak dan isteri serta keluarga sendiri.
Saya mengajak agar setiap orang tampil menjaga kebersihan dan keceriaan di persekitaran mereka.  Membersihkan longkang serta menanam pokok-pokok bunga bagi menampilkan imej sihat lagi ceria.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar